top of page
pawe homepage pic.jpg
PUSAT AKTIVITI WARGAEMAS (PAWE UTC PERAK)

Mengenai Kami

 

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE UTC) ditubuh bagi menyediakan kemudahan kepada warga emas menjalani aktiviti secara bersama dengan rakan lain sekali gus menjadi kekal aktif daripada hanya dibiar tinggal bersendirian di rumah.

 

Di pusat seperti Pawe  mereka boleh membantu dan memberi sokongan satu sama lain daripada kalangan 'rakan sebaya' dan ini adalah yang terbaik kerana saling memahami setiap keperluan dan kehendak diri. 

 

Atas dasar inilah Pawe telah diwujudkan.  Pawe UTC  Ipoh yang dibina adalah terbuka kepada semua warga emas yang masih mampu menguruskan diri dan sehingga kini Pawe UTC Perak mempunyai keahlian seramai 1,500 orang dari umur 56 sehingga 80-an sekitar bandaraya Ipoh.

 

Pusat ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad dari pukul 8 pagi hingga 5.00 petang mempunyai pelbagai kelengkapan yang boleh digunakan ahli warga emas secara percuma termasuk gimnasium sendiri lengkap dengan peralatan seperti treadmill, basikal senaman dan kerusi urut.

 

Selain itu juga, pusat ini mempunyai alatan fisiologi, bilik mesyuarat, bilik rehat, bahan bacaan, kemudahan komputer dan Wi-Fi serta kemudahan ruang untuk ahli-ahli beristirehat.  Pawe UTC bertuah kerana pelbagai pihak juga sentiasa datang melaksanakan program mereka di terutama dari agensi kerajaan, individu dan lain-lain NGO.

 

 

pawe cycle 2.jpg
bottom of page